Kepintaran Buatan...

Kepintaran buatan(AI) atau satu mesin buatan berkebolehan pintar sering dikaitkan dengan robot yang cerdik yang berupaya melaksanakan tugas dan berfikir serta berkomunikasi seperti manusia.Lihat sahajalah seperti Filem sains fiksyen AI,di mana teknologi robot yang begitu hebat dicipta oleh manusia.Namun,ia hanya sebuah filem berbantukan teknologi dan grafik 3D komputer yang canggih bukanlah suatu yang realiti lagi untuk mencapai robot yang sehebat itu.

Konsep logik mantik ini telah direalisasikan oleh Al-Khawarizmi menerusi konsep pembentukkan algoritma. Hasil beliau ini telah diterjemah dalam bahasa latin dan dikenali sebagai "Algoritmi de Numero Indium". Seterusnya, usaha diteruskan oleh beberapa tokoh pemikir dan penyelidik seperti Leibniz (1887), Euler (1735), Decartes dan ramai lagi. Pembentukkan logik binari oleh Boole (1847), ujian Turing oleh Alan Turing (1950), asas komputer oleh Babbage (1961) dan konsep pengaturcaraan oleh Ada Lovelace (1961) memberi peluang A.I diaplikasi dalam bentuk sistem komputer. Pada pertengahan 1960an, satu persidangan yang dinamakan "Persidangan Dartsmouth" telah mengumpulkan para penyelidik bidang A.I untuk mendefinisikan hala tuju, teknik dan juga masa depan A.I. Dari sinilah isitilah A.I diperkenalkan.

Apa itu A.I?, secara praktisnya, A.I didefinisikan sebagai "bidang yang mengkaji dan menjadikan mesin dapat melaksanakan tugas yang dianggap pintar oleh manusia". Keupayaan manusia memahami, mengenalpasti corak yang kompleks, belajar, membuat keputusan dan meningkatkan prestasi berdasarkan kesilapan (pembetulan ralat) menjadi asas dalam pembentukan sistem pintar. Bidang A.I merangkumi aspek teori pemikiran, penyelesaian masalah & pembuatan keputusan, permainan, automasi sistem, sistem pakar, pemahaman bahasa tabii (bahasa manusia), perancangan, robotik, pengenalpastian corak, pembelajaran mesin, pemodelan, falsafah, teknik agen dan sistem imej & penglihatan.

Teknologi utama A.I adalah seperti Rangkaian Neural (berupaya membuat pengenalpastian corak yang kompleks), Sistem Pakar (memodelkan kepakaran manusia), Pemprosesan Bahasa Tabii (pemahaman bahasa manusia), Logik Kabur (pewakilan ketidakpastian dalam membuat keputusan), Algoritma Genetik (teknik pengoptimuman sumber), Agen Pintar (kaedah kawalan dan pengumpulan maklumat), Pembelajaran Mesin & Perlombogan Data (teknik analisa data) dan banyak lagi.

Jika bidang A.I begitu luas, adakah bidang ini benar-benar atau berpontensi untuk digunakan?. Jawapan yang sesuai adalah YA. Sebenarnya A.I banyak digunakan dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang perubatan, perniagan, kawalan loji (kuasa, utiliti dan mekanikal), alat bantuan mengajar, pemahaman imej, perancangan sumber dan sebagainya. Persoalan seterusnya, apakah potensi A.I di Malaysia? Di Malaysia, kita mengalami kekurangan tenaga pakar dalam membangunkan sistem pintar. Kekurangan tenaga inilah yang menjadi penghalang kepada implementasi A.I dalam industri perisian dan sistem di ngara kita. Antara peneraju utama pembangunan sistem berorientasikan A.I ialah SIRIM Berhad, Tenaga Nasional RD, CAIRO (UTM) - Augemented Technologies Berhad, MM technologies Berhad MIMOS Berhad, MINT, APITT, PROTON dan sebagainya. Di negara-negara maju, teknologi A.I menjadi satu kemestian dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan mereka.

Di Malaysia, sebagai negara membangun, bidang A.I telah diterima sebagai salah satu bidang keutamaan dalam industri teknologi maklumat, kejuruteraan dan robotik. Keupayaan seseorang inidividu menguasai kemahiran pembangunan sistem pintar adalah menjadi satu kelebihan pada masa sekarang. Jika anda merupakan individu yang mempunyai minat dalam menganalisa, pembangunan sistem, pengaturcaraan, matematik, daya imaginasi yang tinggi atau kreatif, bidang A.I merupakan salah satu bidang sesuai untuk anda. Jika ada yang mengatakan A.I tidak dapat digunakan, bermakna seseorang itu tentu sekali tidak pernah menggunakan mesin basuh automatik "fuzzy logic" atau secara realitinya telah ketinggalan zaman!

0 komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.