Evolusi kepintaran buatan (A.I).

Kepintaran buatan atau pada umumnya AI mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ianya dikatakan telah bermula sejak sebelum masihi lagi. Namun begitu, kajian serius mengenainya mula dilakukan pada awal abad ke-20 sejajar dengan kemunculan komputer. Ia turut mempunyai kaitan dengan teknologi simulasi dan robotik. Dibawah merupakan senarai rentetan sejarah atau peristiwa penting yang membawa kepada pembangunan teknologi ini pada masa kini.

Abad ke-5 (sebelum masihi) - Aristotle mencipta satu sistem berfikir yang dikenali sebagai logic syllogistic.

Abad ke-13 - Roman Llull, seorang ahli Teologi Sepanyol telah mencipta sebuah mesin yang mengungkap kebenaran bukan matematik melalui kaedah gabungan.

Abad ke-15 - Gutenberg Bible mencipta satu mesin pencetak.

Abad ke-17 - Hobbes menerbitkan sebuah buku yang bertajuk The Leviathan yang mengandungi bahan dan teori gabungan tentang ilmu fikir. Pada abad ini juga, Pascal telah mencipta mesin kiraan mekanikal digital yang pertama. Leibniz pula telah memperbaiki mesin Pascal ini dengan menambahkan fungsi darab dan bahagi.

Abad ke-19 - George Boole telah membina teori binari algebra. Charles Babbage dan Ada Bryon pula telah membina mesin pengiraan yang telah diprogramkan.

Abad ke-20 - Bertrand Russell dan Alfred North Whitehead telah menerbitkan tulisan yang dikenali sebagai Principia Mathematica yang merupakan revolusi kepada ilmu logik.

1943 - Warren McCulloch dan Walter Pitts telah menerbitkan satu tulisan iaitu A Logical Calculus of the Ideas Immanent in Nervous Activity yang kemudiannya menjadi asas kepada teknologi rangkaian neural.

1950 - A. M Turing telah memperkenalkan satu siri ujian terhadap lakuan pintar menerusi ujiannya yang dikenali sebagai Turing Test. Isaac Asimov pula telah menerbitkan tiga hukum robotik.

1952 - Arthur Samuel dari Syarikat IBM telah menulis satu program permainan yang dipercayai pertama di dunia yang dikenali sebagai permainan Checkers. Permainan ini dibuat bertujuan untuk menguji skil pemain Checkers terhandal di dunia pada waktu itu.

1958 - John McCarthy dari MIT telah mencipta bahasa LISP. Margaret Masterman bersama kumpulannyadari Universiti Cambridge telah mereka bahasa semantik yang digunakan dalam mesin penterjemah.

1965 - Joseph Weizenbaum dari MIT telah membangunkan ELIZA, satu program interaktif yang boleh berinteraksi dengan pengguna dalam apa jua topik dalam Bahasa Inggeris. ELIZA dikatakan telah menjadi satu alat 'permainan' yang paling popular di pusat AI di ARPANET.

1972 - Bahasa Prolog telah dibangunkan oleh Alain Colmerauer.

1974 - Earl Sacerdoti telah membangunkan satu program perancangan yang dikenali sebagai ABSTRIPS yang menggunakan teknik perancangan hierarki.

1979 - Jack Myers dab Harry Pople dari Universitt of Pittsburgh telah membangunkan INTERNIST, yang merupakan satu program diagnosis perubatan berasaskan pengetahuan.

1980-an - Rangkaian neural mendapat perhatian yang meluas. Dean Pomerleau dari Carnegie Mellon University telah membangunkan ALVINN (An Autonomous Land Vehicle in a Neural Network) yang membolehkan seseorang itu menaiki kereta tanpa perlu memandunya dalam satu kawasan dalam lingkungan 50 hingga 2850 batu menerusi kawalan komputer.

1997 - Perlawanan catur yang telah mendapat liputan hangat seluruh dunia antara juara catur dunia, Gary Kasparov dengan Deep Blue, program komputer berasaskan teknologi pintar. Gary telah tewas dalam pertandingan ini.

2000 - Robot Nomad telah digunakan untuk mengesan sampel meteor di kawasan Antartika. Pengekstrakan maklumat berasaskan AI banyak dilakukan dalam World Wide Web (WWW).

(artikel di adaptasi daripada majalah PC keluaran Jun 2003)

0 komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.